Sabtu, 2 Februari 2013

SELAMAT DATANG KE BLOG KRT PADANG RENGAS

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Aman jaya.

Selamat Datang Ke Blog KRT Padang Rengas Perak.  Semoga dengan adanya blog ini, semua ahli SRS KRT Padang Rengas akan mendapat maklumat terkini berkenaan aktiviti-aktiviti KRT yang akan, sedang dan telah dijalankan oleh KRT Padang Rengas sepanjang tahun.  Ia juga akan memberikan manafaat kepada semua penduduk sekitar Padang Rengas.  Kami juga berharap agar semua ahli SRS KRT Padang Rengas akan menggunakan kemudahan ini untuk menyalurkan maklumat dan perkembangan semasa KRT Padang Rengas untuk pengetahuan semua.

Objektif Rukun Tetangga (RT).

Memelihara, meningkat, mengukuh perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar-dasar kerajaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Objektif Skim Rondaan Sukarela (SRS).

- Membantu mencegah jenayah dan menangani gejala sosial disekitar Padang Rengas.
- Membantu menguatkuasakan undang-undang negara.
- Memberi perlindungan kepada nyawa dan harta benda masyarakat setempat.
- Mempertingkatkan semangat kejiranan dikalangan penduduk KRT Padang Rengas.
-Membantu pihak berwajib (PDRM) Padang Rengas memulih dan menjaga keadaan setempat agar aman dan sentosa.

Sekian, Wassalam dan salam hormat.

SU KRT Padang Rengas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan