KAWASAN RUKUN TETANGGA
d/a: No. 13, Persiaran Rengas Jaya,
33700
Tel. Pengerusi: 018-7000703.
Tel. Setiausaha: 013-5359888. Fax: 05-7584176.
|
MINIT MESYUARAT AJK KRT PERTAMA 2013.
Tarikh :
30 Januari, 2013 (Rabu)
Masa :
8.30 Malam.
Tempat :
Dewan Belia Padang Rengas.
Agenda:
1. Ucapan Pengerusi.
2. Ucapan Penasihat.
3. Ucapan Pegawai Perpaduan
Daerah.
4. Pembentangan Kewangan.
5. Acara Serah Tugas Pengerusi
Dan Setiausaha Baru 2013.
6. Hal-hal Lain.
1. Kehadiran : AJK Yang Hadir.
Bil
|
Nama
|
Jawatan
|
No. Telefon
|
1
|
Shahrul
Kamal Bin Ahmad Anwar
|
Pengerusi
|
018-7000703
|
2
|
Berlia
Bin Hj. Ismail
|
Naib Pengerusi
|
012-3297894
|
3
|
Kamarul
Zaman Bin Yaakub
|
Setiausaha
|
019-5459487
|
4
|
Santi
A/P Rengaiah
|
Bendahari
|
012-4606491
|
5
|
Abdul
Hadi Bin Hj. Khairuddin
|
AJK
|
019-5659962
|
6
|
Khairam
Bin Arshad
|
AJK
|
0195746100
|
7
|
Abd
Halim Bin Ngah Ramly
|
AJK
|
012-4613394
|
8
|
Sanushi
Bin Shahariman
|
AJK
|
012-5116379
|
9
|
Raja
Ahmad Bin Raja Ludin
|
AJK
|
012-5097655
|
10
|
Mohd
Radzali Bin Omar
|
AJK
|
013-5816463
|
11
|
Hjh.
Anisah Binti Hj. Mahaiyuddin
|
AJK
|
05-7584377
|
12
|
Hannunah
Binti Hj. Mahaiyuddin
|
AJK
|
019-5640610
|
13
|
Hasni
Binti Mehat
|
AJK
|
017-5179496
|
14
|
Pushpavally
A/P M. Ragawan
|
AJK
|
016-5025704
|
TURUT HADIR
1
|
SM
Salim
|
Ketua Balai
|
019-4204924
|
AJK Yang Tidak Hadir.
Bil
|
Nama
|
Jawatan
|
No. Telefon
|
1
|
Shahini
Bin Hj. Abu Bakar
|
Pen. Setiausaha
|
017-5096206
|
2
|
Ramlah
Binti Abdul Hamid
|
AJK
|
013-4546944
|
3
|
Goh
Yew Jing
|
AJK
|
019-5114397
|
4
|
Heong
Keen Wah
|
AJK
|
019-5511293
|
5
|
See
Wai Tuck
|
AJK
|
019-5427714
|
6
|
Goh
Kei Wei
|
AJK
|
05-7584009
|
7
|
Ang
Khim Kee
|
AJK
|
05-7584912
|
8
|
Then
Pow Chien
|
AJK
|
05-7584091
|
9
|
R.
Ragu A/L Ramanathan
|
AJK
|
013-3368600
|
10
|
Vejayan
A/P Baskaran Nair
|
AJK
|
019-5759505
|
11
|
Sarasvathy
A/P Karpayah
|
AJK
|
012-5471843
|
2.
Ucapan Pengerusi
Pengerusi KRT, En. Shahrul Kamal
mengucapkan, ‘Salam 1Malaysia’, ‘Salam Perak Aman Jaya’ dan selamat
datang kepada semua Ahli Jawatankuasa yang dapat hadir ke mesyuarat kali Pertama bagi tahun
2013. Beliau juga mengucapkan terima
kasih kepada AJK kerana sudi menerima perlantikan AJK baru bagi tahun
ini. Pengerusi berharap agar semua AJK
akan memberikan kerjasama yang lebih baik dalam semua program yang telah dirancang
dan akan diadakan pada tahun ini.
3.
Ucapan Penasihat.
-
Tuan SM Salim mengucapkan terima kasih kepada semua AJK kerana sudi menjemput
beliau ke mesyuarat pada malam ini.
Beliau menyatakan bahawa, pada tahun 2012 KRT Padang Rengas banyak
menjalankan aktiviti rondaan dan berharap walaupun ada perubahan kepada AJK
baru untuk sesi 2013/2014 ini, rondaan akan berjalan seperti biasa. Beliau juga berharap En. Shahru Kamal
sebagai Pengerusi KRT yang baru akan menyediakan jadual bagi memudahkan rondaan
bersama dijalankan. Beliau
mengharapkan segala peralatan rondaan tahun lalu (vest, baju, lampu picit,
cota, topi) masih boleh digunakan dan sekiranya ada ahli baru yang belum ada,
Pengerusi bolehlah berhubung dengan Pegawai Perpaduan Daerah untuk mendapatkan
barang keperluan tersebut.
-
Dalam ucapan beliau, Tuan SM Salim juga memaklumkan keadaan jenayah di Padang
Rengas ketika ini masih terkawal.
Namun masih ada berlaku kes-kes samun contohnya di Kuala Dal, seorang
tauke getah telah disamun sebanyak RM6000.00 dan keretanya telah dilarikan
tetapi telah dijumpai di tepi lebuhraya Bt. 11, trong. Begitu juga di Batu 17 Padang Asam yang
melibatkan kehilangan wang dan telefon bimbit. Suspek terlibat telah ditahan dan didapati
juga terlibat dengan penyalahgunaan dadah jenis ais. Terdapat 36 orang individu di Padang Rengas
ini yang ‘didalam perhatian’ dan dikehendaki melaporkan diri ke balai polis
bila dikehendaki berbuat demikian.
-
Rondaan Bersama Cegah Jenayah telah dijalankan di Taiping, Kuala Kangsar dan
tempat-tempat yang lain diseluruh
-
Beliau mengharapkan kepada semua agar sama-sama menjaga keamanan di Padang
Rengas dan dapat menyalurkan maklumat kepada beliau melalui telefon sekiranya
perlu untuk tindakan segera.
4.
Ucapan Pegawai Perpaduan Daerah.
Tuan
Pegawai Perpaduan Daerah menyampaikan salam kemaafan kerana tidak dapat hadir
ke mesyuarat pada kali kerana terlibat dengan program rasmi di Seberang
Karai. Namun beliau mengharapkan
mesyuarat akan berjalan dan diteruskan seperti biasa.
5.
Pembentangan Kewangan.
Dibentangkan
oleh Bendahari:
Baki
Di Tangan : RM 37.00.
Baki
Di Bank : RM7560.42.
6.
Acara Serah Tugas Kepada Pengerusi Dan Setiausaha Baru 2013.
-
Acara ini dimulakan dengan Pengerusi lama iaitu En. Abdul Hadi Hj.
Khairuddin, mengucapkan
berbanyak-banyak terima kasih kepada semua AJK yang telah memberikan
kerjasama yang baik sepanjang beliau menjadi Pengerusi KRT dan berharap
semoga kerjasama ini akan diteruskan lagi bersama dengan pengganti beliau
iaitu En. Shahrul Kamal sebagai Pengerusi yang baru.
-
Setiausaha yang lama En. Khairam Arshad, juga mengucapkan terima kasih kepada
semua yang telah memberikan kerjasama kepada beliau sepanjang beliau menjadi
Setiausaha KRT. Beliau mengharapkan
agar setiausaha yang baru iaitu En. Kamarul Zaman Yaakub boleh menjalankan
tugas dengan lebih baik dan beliau juga mengucapkan terima kasih kepadanya
kerana sudi menerima perlantikan ini.
Beliau juga memohon maaf kepada semua AJK sekiranya ada kesilapan atau
kelemahan beliau sepanjang beliau menjalankan tugas semasa memegang jawatan
tersebut.
-
Diantara fail dan amanah yang telah diserahkan kepada Pengerusi dan
Setiausaha baru ialah, Fail Kawasan Warta KRT Padang Rengas, Profail KRT
Padang Rengas(kawasan rondaan) dan Profail KRT Padang Rengas(aktiviti).
7.
Hal-hal lain
-
Pengerusi memaklumkan bahawa aktiviti Majlis Maulidur Rasul yang akan
dianjurkan oleh SRS Taman Permai pada 3 Februari, 2013 nanti, dimasukkan
kedalam program tahunan KRT Padang Rengas.
Semua AJK dijemput hadir ke majlis tersebut. Pengerusi juga menambah bahawa, Ketua SRS Taman Permai ada memohon untuk
membeli ‘white board’ dan alat tulis berkaitan untuk digunakan di pondok
rondaan Rukun Tetangga Taman Permai dan beliau akan pertimbangkan permohonan
tersebut. Beliau juga memaklumkan bahawa
dimasa akan datang AJK akan dimaklumkan melalui sms atau emel disamping
-
Pn. Hannunah menyatakan bahawa AJK yang baru dipilih masih belum rasmi selagi
tidak ada pengesahan daripada Pegawai Perpaduan Daerah samada secara beliau
menghadiri mesyuarat AJK dan mengesahkannya atau secara bertulis.
-
En. Abdul Hadi memaklumkan kepada mesyuarat bahawa senarai nama AJK yang baru
pada dasarnya telah diterima oleh PPD dan ianya telah disokong oleh En.
Khairam kerana beliau sendiri yang menghantar senarai cadangan nama AJK baru
kepada pihak PPD dan ianya telah diterima.
-
Hjh. Anisah mengharapkan agar hubungan semua AJK dengan Setiausaha baru dan
juga bekas Setiausaha, akan lebih mesra dan hendaklah memberikan kerjasama
dalam setiap program yang akan dijalankan terutamanya program besar yang
bakal dianjurkan oleh KRT Padang Rengas nanti iaitu “Program Jiran Wanita”
-
En. Abd. Halim mengharapkan agar
-
En. Khairam mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua AJK
seandainya semasa beliau menjalankan tugas Setiausaha berlaku perkara yang
tidak memuaskan hati AJK dan beliau juga mengakui bahawa beliau tidak mampu
untuk menghantar sendiri surat jemputan mesyuarat kepada semua AJK dan
terpaksa memohon bantuan daripada Pengerusi dan sebahagian AJK untuk berbuat
demikian.
-
En. Sanushi meminta supaya diadakan kursus bagi mengendalikan peralatan
perhubungan (Walkie-Talkie) bagi meningkatkan lagi keberkesanan penggunaannya.
-
YM Raja Ahmad pula memaklumkan bahawa 2 anggota SRS Taman Rengas Jaya akan
digantikan dengan orang baru kerana mereka tidak aktif dan menarik diri atas
sebab-sebab peribadi.
-
En. Khairam mencadangkan agar membuat pertukaran penama akaun bank dengan
menggantikan nama kepada Pengerusi dan Setiausaha yang baru iaitu En. Shahrul
Kamal Bin Ahmad Anwar dan En. Kamarul Zaman Bin Yaakub bersama Bendahari
sebagai penama terkini untuk segala urusan kewangan serta perlu mendapat
pengesahan daripada Pegawai Perpaduan Daerah terlebih dahulu. Cadangan beliau telah disokong oleh En.
Abdul Hadi dan dipersetujui sebulat suara oleh semua AJK yang hadir.
|
8. Ucapan Penangguhan.
Pengerusi
Jawatankuasa KRT En. Shahrul Kamal mengucapkan terima kasih kepada semua AJK
yang hadir dalam mesyuarat pada kali ini dan beliau amat berharap agar apa
yang dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat ini akan berjaya terlaksana
demi kemajuan dan keselamatan Penduduk KRT Padang Rengas dimasa akan datang. Beliau juga mengharapkan kerjasama yang
erat dikalangan AJK KRT dan ahli SRS Taman Permai, Pekan Padang Rengas dan Taman
Rengas Jaya akan berterusan.
|
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 Malam.
Disediakan oleh:
(KAMARUL ZAMAN BIN YAAKUB)
Setiausaha,
KRT Padang
Rengas.
s.k: 1.
Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Kangsar.
2. Penasihat KRT Padang Rengas.
2.1. Penghulu
Mukim Kampung Buaia.
2.2. Ketua
Balai, Polis Padang
Rengas.
-PakYeop,
Setiausaha, KRT Padang Rengas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan