Isnin, 5 Januari 2015

SUMBANGAN KEWANGAN KRT PADANG RENGAS SEBANYAK RM300.00

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Amanjaya.

Untuk Makluman:

Setiap KRT dalam Daerah Kuala Kangsar/Hulu Perak dikehendaki menyalurkan sumbangan kewangan kedalam tabung "Bantuan Banjir" KRT Daerah Kuala Kangsar/Hulu Perak yang berjumlah RM300.00 setiap KRT.

KRT Padang Rengas telahpun menyumbang sebanyak RM300.00 pada 31/12/2014 yang lalu melalui Pengerusi KRT Padang Rengas, Tn. Hj. Berlia Bin Hj. Ismail.


Terima Kasih.

Oleh:
Setiausaha KRT Padang Rengas.

Jumaat, 2 Januari 2015

PROGRAM PENYERAHAN SUMBANGAN BANJIR KRT DEW BARAT TAIPING UNTUK DAERAH KUALA KANGSAR

Program Penyerahan Sumbangan Banjir oleh KRT Dew Barat Taiping kepada mangsa banjir Daerah Kuala Kangsar akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh :
03.01.2015. (Sabtu)
Tempat :
Rumah Rehat Kuala Kangsar
Masa :
11.30 pagi - 1.00 petang

Tetamu Kehormat yang akan hadir dalam program tersebut ialah YBhg Tn. L. Gandesan Ketua Pengarah JPNIN Malaysia dan En. Alias Bin Mohamad Pengarah JPNIN Negeri Perak, Ahli Parlimen Kuala Kangsar Y.B. Dato' Ar Wan Mohammad Khair-Il Anuar Bin Wan Ahmad dan ADUN Manong Y.B. Mohamed Kamil Bin Shafie serta Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Kangsar.

KRT Padang Rengas telah menghantar 4 orang wakil untuk hadir bagi memeriahkan lagi suasana majlis tersebut.  AJK KRT Padang Rengas yang hadir ialah SU Kamarul Zaman Bin Yaakub, Pen. SU En. Mohd Khair Juhari Bin Mohd Yusof, AJK Sanushi Bin Shahariman dan AJK Mohd Radzali Bin Omar.

Pakaian: Kemas Bersama Vest dan Cap KRT.

Terima kasih.


Gambar-gambar sekitar Majlis Berlangsung



























































































































































































~Teima Kasih, Jumpa Lain Dilain Program.~