GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MESYUARAT KHAS AJK KRT PADANG RENGAS
Tarikh :
20.08.2014.
Masa :
8.30pm - 9.45pm.
Tempat:
Restoran Lagenda Persisiran Sayong Kuala Kangsar.
Agenda:
1. Ucapan Pengerusi.
2. Ucapan Pengerusi.
3. Perbincangan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 2014 Peringkat Daerah Kuala Kangsar/Hulu Perak, Anjuran Bersama PPNIN Kuala Kangsar/Hulu Perak Dan Pejabat PeneranganKuala Kangsar Perak Pada 28 Ogos 2014, Jam 8.30 Pagi Di SM Clifford Kuala Kangsar.
4. Pembentangan Kewangan.
5. Hal-hal Lain.
5.1.
Naib Pengerusi memohon persetujuan daripada semua AJK KRT untuk memberi
sumbangan sebanyak RM300 kepada PPD untuk tujuan Program Sambutan Hari
Kemerdekaan pada 28 Ogos 2014 nanti.
En. Abd Halim Bin Ngah Ramly mencadangkan supaya KRT Padang Rengas
Memberikan sumbangan sepertimana yang telah dinyatakan dan telah disokong oleh
En. Ragu A/L Ramanathan. Cadangan
tersebut diterima sebulat suara.
5.2.
En. Radzali Bin Omar memohon dan mencadangkan supaya elaun ronda SRS Pekan
Padang Rengas dinaikkan dari RM50.00 ke RM100.00 sebulan kerana memandangkan
ahli rondanya telah bertambah. Cadangan
tersebut telah disokong oleh En. Kamarul zaman Bin Yaakub dan diterima secara
sebulat suara dan ianya akan dimulakan pada bulan September 2014 akan datang.
5.3.
Pengerusi KRT mengharapkan agar AJK KRT sentiasa memantau dan mengikuti bersama
SRS yang menjalankan rondaan bagi mengenalpasti masalah dan perkara yang boleh
ditambahbaik dimasa akan datang.
5.4.
Naib Pengerusi akan berhubung dengan Pejabat PPD untuk mendapatkan barang
keperluan rondaan dan yang berkaitan dengannya bagi melancar urus pentadbiran
dan perjalanan rondaan di ketiga-tiga SRS KRT Padang Rengas.
5.5.
Naib Pengerusi memaklumkan bahawa Pn. Ramlah Binti Abdul Hamid dan En Vejayan
A/L Baskaran Nair telah meninggal dunia manakala YM Raja Ahmad Bin Raja Ludin
pula sedang sakit dan tidak dapat berjalan dan tempat mereka perlu
diganti. Beliau telah mencadangkan nama Pn. Zalina Binti Zainuddin untuk
menggantikan Pn. Ramlah Binti Abdul Hamid, En.
Uma Mageswaran pula menggantikan En. Vejayan A/L Baskaran Nair dan En. Ibrahim Bin Mohd Lazim menggantikan
tempat YM Raja Ahmad Bin Raja Ludin.
Cadangan tersebut mendapat sokongan dan persetujuan sebulat suara
daripada semua AJK yang hadir.
5.6.
Pengerusi memaklum dan mencadangkan supaya KRT Padang Rengas mengadakan
Sambutan Hari Malaysia pada bulan September nanti dan Majlis Sambutan Ambang
2015 pada 31 Disember 2014 yang akan dating.
Cadangan beliau juga mendapat sokongan dan persetujuan daripada semua
AJK yang hadir.
5.7. Tn. KPB Padang Rengas, SM. Salim memaklumkan keadaan keselamatan di
Padang Rengas masih terkawal dan mengharapkan rondaan yang dijalankan oleh SRS
dapat membantu mencegah dan mengurangkan kadar jenayah di kawasan Padang
Rengas. Rondaan tidak perlu dilakukan
pada setiap malam namun ianya perlu dilakukan secara bergilir-gilir diantara
ketiga-tiga SRS pada hari tertentu setiap minggu.
TAUKEH RESTORAN LAGENDA BELANJA MAKAN MALAM
(EN. SHAHRUL KAMAL AHMAD ANWAR
-PENGERUSI KRT PADANG RENGAS)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan